BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

TAQWIM JAKSA- JANUARI 2010

BIASISWA JPA

Beberapa rakan Sahabat 1Malaysia UKM telah berjumpa dengan beberapa menteri dan ahli parlimen baru-baru ini bagi mendesak dan memohon pertolongan daripada mereka untuk mempercepatkan proses kemasukan Biasiswa JPA kepada para pelajar.

Difahamkan bahawa, masalah ini juga turut dialami oleh beberapa sahabat kita di beberapa IPTA lain di Malaysia ini.

Oleh yang demikian, respon yang diberi oleh pihak menteri terutama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah akan mengambil tindakan secepat mungkin bagi menangani isu ini.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia/menteri/ahli parlimen, akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak JPA bagi mengenalpasti permasalahan ini sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil.

PMUKM serta kepimpinan Sahabat 1Malaysia UKM telah mendesak agar isu ini diselesaikan dalam Januari 2010 ini juga memandangkan keperitan dan kesempitan kewangan yang dihadapi oleh para pemegang Biasiswa JPA.

Terima kasih

pelajar UKM kampus Kuala Lumpur- makluman PTPTN dan JPA

Perhatian kepada semua pelajar UKM Kampus KL.

Berdasarkan makluman yang diterima, pinjaman PTPTN bagi kelompok pertama telah pun di masukkan ke dalam akaun pelajar. Manakala, bagi kelompok kedua pula akan di masukkan pada Februari 2010. Kelompok kedua adalah bagi pelajar-pelajar yang:

1. Lewat menghantar surat perjanjian kepada PTPTN
2. Mendapat pointer kurang daripada 2.00
3. Tidak membuat pendaftaran awal kursus


Bagi pemegang biasiswa JPA pula, pihak JPA telah mengesahkan kepada pihak UKM bahawa wang biasiswa akan di masukkan pada hujung Januari 2010.


Bagi para pelajar yang mempunyai masalah kewangan (JPA dan PTPTN), anda boleh mendapatkan duit pendahuluan sebanyak RM500.00 dengan mengisi borang permohonan yang terdapat di Unit Kaunseling, Tingkat 5 Blok E, UKM KL. Borang ini boleh diserahkan kepada Puan Wan yang akan berada di sana pada setiap hari Rabu. Walau bagaimanapun, para pelajar hanya layak memohon jika tidak mempunyai sebarang hutang pada Semester 1 (dikecualikan bagi hutang Semester 2). Duit pendahuluan ini akan ditolak daripada pinjaman/biasiswa anda apabila telah diterima kelak.

Bagi warga KTSN pula, Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib, Pengetua KTSN telah berbesar hati untuk memberikan pinjaman kewangan kepada warga KTSN sahaja bermula pada 2 Januari 2010. Sila berhubung dengan Dr Zit bagi perkara yang selanjutnya.