BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 25, 2009

TIPS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

Setelah selama satu sem bertungkus-lumus menimba dan menambah ilmu di dewan-dewan kuliah, praktikal, dan berbagai lagi aktiviti di fakulti, akhirnya, peperiksaan tiba juga. Bagaimana dengan persediaan anda semua??? Apa kata kita lihat senarai semak berikut sebelum menghadirkan diri ke dewan peperiksaan.

1. Sudah membaca dan berlatih untuk tajuk-tajuk peperiksaan. (Ya/Tidak)

2. Sudah berbincang dengan calon-calon lain akan persediaan masing-masing. (Ya/Tidak)

3. Sudah memiliki slip peperiksaan dan kad pengenalan/ kad matrik. (Ya/Tidak)

4. Sudah menyiapkan peralatan untuk menjawab peperiksaan. (Ya/Tidak)

5. Sudah mengetahui tempat peperiksaan. (Ya/Tidak)

6. Sudah mempunyai teknik dan strategi untuk lulus peperiksaan. (Ya/Tidak)

7. Sudah memastikan tiada halangan untuk hadir ke tempat peperiksaan. (Ya/Tidak)

8. Sudah memaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga untuk sama-sama memberi sokongan moral. (Ya/Tidak)

9. Sudah berdoa memohon dipermudahkan urusan peperiksaan. (Ya/Tidak)

Jika anda telah banyak menjawab ‘Ya’, maka anda sudah bersedia.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DAN SEMOGA SUKSES SELALU!!!

Monday, October 12, 2009

MALAM APRESIASI DAN INTERAKSI JAKSA


Thursday, October 8, 2009

KEMPEN DERMA DARAH

Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88W dengan kerjasama JAKSA akan mengadakan KEMPEN DERMA DARAH. Kedatangan saudara/i amat dialu-alukan.

TEMPAT: DSBG, KTSN
TARIKH: 10 OKTOBER 2009
MASA: 9.00am - 2.00pm

"Everyone can save a life!"

AMBANG 40 UKM

Borang untuk permohonan menjadi organisasi dalam AMBANG 4O UKM telah dikeluarkan. Para pelajar boleh mendapatkan borang tersebut di board JAKSA di kolej dan fakulti.