BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

Petikan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat UKM

Salam semua,

Dimaklumkan melalui petikan minit mesyuarat berkenaan yang diadakan pada 9 sept yang lalu:

a. Tarikh jamuan adalah 9 Oktober 2009, jam 9.00 am di DECTAR
b. Pihak pengurusan universiti tidak membenarkan sambutan hari raya di peringkat PTJ pada tarikh yang sama.
c. Pihak pengurusan universiti tidak menggalakkan sambutan hari raya di PTJ masing-masing secara besar-besaran, hanya sekadar meraikan warga PTJ sahaja.

Sekian untuk perhatian dan makluman.

Terima kasih

PM Dr. Ruzita
Pengetua

Thursday, September 10, 2009

FORUM BICARA WANITA SIRI 1: Isu dan Hak Wanita Masa Kini


FORUM BICARA WANITA SIRI 1: Isu dan Hak Wanita Masa Kini.

5 September 2009 (Sabtu). Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Siswa/i (JAKSA) Kolej Tun Syed Nasir, Biro Informasi & Penerbitan, dengan kerjasama saudara Helmi b. Yazid, Pengerusi Exco Kerohanian, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). Diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus KL.



Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para mahasiswi terutamanya tentang hak-hak mereka menurut perundangan negara disamping meningkatkan kefahaman dan kesedaran mereka dalam cara untuk melindungi diri daripada bahaya yang tidak mengenal mangsa.

Forum ini telah dihadiri oleh tiga orang ahli panel yang mahir dalam bidang masing-masing. Panel yang terlibat ialah ACP Suguram Bibi Munshi Deen (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/ Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Hj. Mohd Awal (Pensayarah Fakulti Undang-undang, UKM), dan Pn. Norsalina Salim (Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan Wanita).



Untuk makluman juga, forum ini telah mendapat liputan secara langsung di saluran ASTRO AWANI, sehari sebelum program berlangsung. Pada hari forum berlangsung pula, liputan telah dibuat oleh wakil wartawan daripada Berita Harian.

Diharapkan forum ini dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita, iaitu mahasiswi khususnya tentang betapa pentingnya mengetahui hak-hak yang berkaitan agar apabila berlaku masalah atau krisis dalam kehidupan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan. Forum ini juga akan diteruskan dengan Forum Bicara Wanita Siri 2.